Monday, August 6, 2007

Makluman

Assalamualaikum...

Kepada semua peserta seminar dan mereka yg berminat untuk menyertai seminar hukum islam.

Pendaftaran masih terbuka dan sebaiknya setiap peserta yg ingin mendaftar dapat mengisi borang penyertaan yg disediakan sebelum tarikh seminar.

Tindakan awal ini bagi memastikan pihak penganjur dapat menyediakan kertas kerja dan kelengkapan secukupnya, manakala para peserta dapat menikmati perjalanan seminar dengan sebaiknya.

kerjasama ini perlu bagi memastikan siri seminar kali ini dapat mencapai objektif dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

JazakumuLlah khayral-jaza'....

ATUR CARA SEMINAR

TENTATIF SEMINAR HUKUM ISLAM SEMASA V 2007
JABATAN FIQH DAN USUL, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UM
___________________________________________________________________

HARI PERTAMA : 22.8.2007 (Rabu)

8.00 - 9.00 pagi - PENDAFTARAN
8.30 - 9.00 pagi - KETIBAAN TETAMU
9.00 - 10.00 pagi - MAJLIS PERASMIAN

Ucapan Alu-aluan : Pengerusi Seminar SHIS V/ Ucapan Pengarah APIUM/Ucapan Naib Canselor
Ucapan PERASMIAN oleh: YBhg. Tan Sri Datuk Arshad Ayub, Pengerusi Lembaga Pengarah UM
Penyampaian Cenderahati

10.00 - 10.30 pagi - Minum Pagi

10.30 - 11.30 pagi - UCAP UTAMA:

MAZHAB SYAFIE DI MALAYSIA: SEJARAH, REALITI DAN PROSPEK MASA DEPAN
Oleh: Prof. Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid
Pengerusi : Prof. Madya Dr Idris Awang

11.30 - 1.00 tengahari - SESI SELARI I

LOKASI: (akan dimaklumkan)

PRINSIP DAN METODOLOGI MAZHAB SYAFIE
Pengerusi: Dr. Luqman Hj. Abdullah

*Dr. Ayman Saleh
المذهب الشافعي بين أهل الألفاظ وأهل المعاني

*Amir Fazlim Yusoff
Antara al-Syafi‘i dan al-Syafi‘iyyah: Mazhab Syafi‘i atau Nawawi

*Dr. Ammar Abdullah Nasih Alwan
‘Abqariyyat al-Imam al-Shafi‘i fi al-Ta’sil wa al-Istidlal wa al-Tajdid

*Dr. Muhammad Azizan Sabjan & Dr. Noor Shakirah Mat Akhir
Muhammad Ibn Idris al-Shafi‘i’s Conception Of The People Of The Book: A Study Of His View Vis-A-Vis Other Mazhabs In Islamic Religious Tradition

*Dr. Asmadi Mohamed Naim
Manhaj Imam al-Syafie Dalam Isu-Isu Khilafiyyah: Analisis Dari Kitab al-Umm dan al-Risalah

___________________________

LOKASI: (akan dimaklumkan)

SEJARAH PERKEMBANGAN MAZHAB SYAFIE DI MALAYSIA
Pengerusi: Prof. Madya Dr. Idris Awang


*Rosdi Yusof & Dr. Hasanah Abd Khafidz
Sejarah Perkembangan Mazhab Shafi‘i Di Malaysia Dan Pengaruhnya Dalam Sistem Pendidikan Pondok

*Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali
Tajdid Mazhab Syafie Di Malaysia

*Dr. Saadan Man
Kedudukan Mazhab Syafie dalam Realiti Perkembangan Ahlus Sunnah di Negeri Perlis

*Dr. Mustaffa Abdullah
Tafsiran Fiqh Syeikh Abu Bakar Ashaari: Satu Anjakan Paradigma

________________________

LOKASI: (akan dimaklumkan)

KARYA-KARYA FIQH SYAFIE
Pengerusi: Dr. Ridzwan Ahmad

*Mohd Taufik Arridzo Bin Mohd Balwi
Kitab Fiqh Melayu Di Nusantara

*Dr. Ishak Suliaman
Kitab Bahr Al-Madhi Sebagai Rujukan Fiqh Shafi‘i Dalam Sharh al-Hadith

*Rohaizan Baru, Ahmad Tirmizi Taha & Syed Mohd Azmi Syed Abdul Rahman
Pengaruh Ibn Hajar Dalam Perkembangan Mazhab Syafie Di Malaysia Melalui Karyanya Bulugh al-Maram: Kajian Di Terengganu

*Prof. Madya Dr Ahmad Zaki Hj Ibrahim
Pandangan Mazhab Syafie Dalam Karya Minhat al-Qarib Oleh Tuan Tabal

*En. Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid
Ruangan Fatwa Syar‘iyyah Dalam Majalah Pengasuh: Tinjauan Terhadap Sejarah Penerbitan Dan Fokus Perbincangan

1.00 – 2.30 petang - Makan Tengahari/Solat/Rehat

2.30 – 3.30 petang - KERTAS UTAMA I:

Pengaruh Fiqh Syafie Dalam Pemikiran Masyarakat Melayu di Malaysia.
Oleh : Prof. Madya Dr Abdul Halim El-Muhammady
Pengerusi: Prof. Madya Dr Rahimin Affandi Abd Rahim

3.30 – 5.00 petang - SESI SELARI II

LOKASI: (akan dimaklumkan)

REALITI FIQH SYAFIE DI MALAYSIA (PRODUK MUAMALAT)
Pengerusi: Prof. Madya Datin Dr Paizah Hj. Ismail

*Mohamad Rizal Mohamed Nor
Perkembangan Pemikiran di Luar Mazhab Syafie Dalam Produk Kewangan

*Suhaimi Mohd Yusof & Ahmad Hazim Alias
Kedudukan Mazhab Syafie Dalam Produk-produk Kewangan Islam Semasa

*Prof. Madya Dr Ya‘qoob Nazeem Ahmad Al-Sa‘di
Al-‘Inah Bayna al-Shafi`iyyah wa Ikhtilaf al-Fuqaha’ wa Tatbiquha Fi Maliziya

*Prof. Madya Dr Ab Mumin Ab. Ghani & Fadhillah Mansor
Penggunaan Kontrak Syariah Dalam Pembangunan Produk Berasaskan Kad Kredit: Analisis Dari Pandangan Mazhab Syafie

________________________

LOKASI: (akan dimaklumkan)

REALITI FIQH SYAFIE DI MALAYSIA (IBADAT)
Pengerusi: Dr Saadan Man

*Dr Nizaita Omar
Penilaian Semula Tentang Pemakaian Mazhab Syafie Bagi Pesakit Kecemasan (ICU) Di Dalam Isu-Isu Taharah & Solat; Satu Kajian Realiti Di Hospital Besar Kuala Terengganu

*Prof. Madya Dr. Anisah Ab Ghani
Kedudukan Mazhab Syafie Dalam Ibadat di Malaysia

*En. Mohammad Azam Hussain
Kedudukan Mazhab Syafie Dalam Kaedah Pengiraan Zakat Padi Di Negeri Kedah: Satu Analisis

______________________________

LOKASI: (akan dimaklumkan)

REALITI FIQH SYAFIE DI MALAYSIA (MUAMALAT)
Pengerusi: Prof. Madya Dr Rahimin Affandi Abd Rahim

* Dr Hj. Ismail Mat & Dyg Hjh Masnooraini Hj Mohiddin
Pemakaian Pandangan Mazhab Shafie Dalam Fiqh Muamalat Islam: Analisis Pemikiran Perundangan dan Fatwa Di Malaysia dan Di Negara Brunei Darussalam

*Prof. Madya Dr Shamsiah Mohamad
Kedudukan Mazhab Syafie Dalam Muamalat Di Malaysia


5.00 – 5.30 petang - Minum Petang


HARI KEDUA: 23.8.2007 (Khamis)

9.00 – 10.00 pagi - KERTAS UTAMA II

Peranan Institusi Pondok Dalam Penyebaran Mazhab Syafie di Malaysia
Oleh : Tuan Haji Zaidi bin Hassan
Pengerusi: Dr Ridzwan Ahmad

10.00 – 10.30 pagi - Minum Pagi

10.30 – 1.00 tengahari - SESI SELARI III

LOKASI: (akan dimaklumkan)

UNDANG-UNDANG DAN MAZHAB SYAFIE
Pengerusi: Prof. Madya Dr Suwaid Tapah

*Prof. Madya Datin Dr Paizah Hj. Ismail
Kedudukan Mazhab Syafie Dalam Undang-Undang Jenayah Syariah Di Malaysia

*Dr Raihanah Hj. Azahari
Kedudukan Mazhab Syafie Dalam Undang-Undang Kekeluargaan Islam Di Malaysia

*Prof. Madya Dr Raihanah Abdullah
Inserting Stipulations Pertaining to Polygamy in a Marriage Contract According to the Shafie School of Thought: Guaranteeing Protection against Abuse for Muslim Women in Malaysia.

*Prof. Madya. Dr Ruzman Mohd Nor
Kesaksian Dalam Konteks Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah di Malaysia: Analisis Dari Perspektif Mazhab Syafie

*Dr Mohamad Khairul Anwar Bin Osman
Pembaharuan Terhadap Undang-undang Pentadbiran Pusaka: Analisis Terhadap Keperluannya Dalam Konteks Mazhab Shafii di Malaysia

_______________________________

LOKASI: (akan dimaklumkan)

MAZHAB SYAFIE DAN FATWA DI MALAYSIA
Pengerusi: Dr Luqman Hj. Abdullah

*Dr Mek Wok bt. Mahmud & Dr. Saufi Man
Kedudukan Mazhab Syafi‘i Dalam Fatwa Masa Kini Di Malaysia

*Prof. Madya Dr Noor Naemah Abd Rahman
Kedudukan Mazhab Syafi‘i Dalam Fatwa Masa Kini Di Malaysia

*Hj. Japar Hj. Mat Dain @ Maidin
Fatwa Muamalat Brunei

*Dr Luqman Hj. Abdullah & Wan Zulkifli Wan Hassan
Fatwa-fatwa Zakat di Terengganu

*Syed Mohd Azmi Bin Syed Ab. Rahman & Ahmad Termizi Bin Taha
Kedudukan Qawl Mu‘tamad Mazhab Syafi‘i Dalam Fatwa-fatwa Negeri Terengganu Dari Tahun 2000-2006.

__________________________

LOKASI: (akan dimaklumkan)

REALITI MAZHAB SYAFIE DI MALAYSIA
Pengerusi: Dr Rushdi Ramli

*Dr Abdul Salam Muhamad Shukri
Pemikiran Hukum Imam al- Syafi‘i dan Pengaruhnya dalam Pemikiran dan Kehidupan Semasa di Malaysia

*Prof. Madya Dr Idris Awang
Pembudayaan Fiqh Syafie Di Kalangan Masyarakat Umum Di Malaysia

*Nor Azizah Binti Hj. Baharom
Keharusan Wanita ke Masjid dan Hubungkaitnya dengan Wanita Bekerjaya Menurut Mazhab Syafie

*Dr Habibah Awang et al
Pengamalan Fiqh Syafie Di Negeri Johor: Fokus Kepada Fiqh Wanita

*Dr Zulkifly Muda
Penilaian Semula Legaliti “Harta Sepencarian” Berasaskan Realiti Dan Penghayatan Fiqh Syafie Di Malaysia

*Dr Jasni Sulong
Kedudukan Mazhab Syafie dalam Amalan Pembahagian Pusaka dan Wasiat Islam di Malaysia


1.00 – 2.00 petang - Makan Tengahari/Solat/Rehat

2.00 – 3.00 petang - KERTAS UTAMA III:

Pengembangan Agihan Zakat Mengikut Mazhab Syafie.
Oleh: Dr Mujaini Tarimin
Pengerusi: Dr Luqman Hj. Abdullah

3.30 – 5.00 petang - SESI SELARI IV

LOKASI: (akan dimaklumkan)

PROSPEK MASA DEPAN MAZHAB SYAFIE DI MALAYSIA
Pengerusi: Prof. Madya Dr Noor Naemah Abd Rahman

* Dr Rushdi Ramli
Fanatisme Bermazhab dan Halangannya Dalam Pembinaan Fiqh Malaysia: Satu Pandangan

*Dr Luqman Hj. Abdullah & Dr Nihma Jahtae
Fanatisme Bermazhab: Satu Sorotan Dalam Masyarakat Melayu Malaysia

*Dr Ridzwan Ahmad
Penyeragaman Amalan Bermazhab Di Malaysia

*Kumpulan Penyelidikan Fundamental
Penerimaan Masyarakat Islam Terhadap Amalan Pelbagai Mazhab


_______________________________

LOKASI: (akan dimaklumkan)

KEPELBAGAIAN MAZHAB DALAM ERA GLOBALISASI
Pengerusi: Dr Raihanah Hj Azahari

*Anzaruddin Ahmad
Penerimaan Terhadap Pandangan Pelbagai Mazhab Selain Syafie Sebagai Jalan Keluar Kepada Dilema Yang Dihadapi Oleh Golongan Muslim Global

*Mohd Dani Mohamad
Fiqh Alam Bina: Kepelbagaian Mazhab dalam Era Globalisasi

*Prof. Madya Dr Rahimin Affandi Abd Rahim
Mazhab Syafie Dalam Pengajian Syariah Di Malaysia

En. Mohd Hapiz Mahaiyadin et al
Aspek Politik Dalam Fiqh Syafie Dan Pengaruhnya Terhadap Budaya Politik Melayu.

*Prof. Madya Dr Shukri Ahmad & Dr Wan Ab Rahman Khudzri Wan Abdullah
Perbezaan Pendekatan dan Pendapat Ulama Melayu: Suatu Analisa Kritis

_________________________

LOKASI: (akan dimaklumkan)

MAZHAB SYAFIE DAN SUMBER PERUNDANGAN
Pengerusi: Prof. Madya Dr Idris Awang

* Prof. Madya Dr Mohd Nasran Mohammad
Teori dan Aplikasi Sadd al-Dhara’i` Dalam Mazhab Syafie

*Mohamad Nabil Mohamad Shukri
Persoalan Premis Awalan dan Konsepsi Hukum dalam Proses Penganalisaan Hukum Berkaitan Hal Ehwal Muamalat Semasa di Malaysia: Kepentingan Konsep al-Asl dan al-Zahir dalam Aplikasi Doktrin al-Istishab

*Wan Mohd Yusof Wan Chik, Hasanuldin Mohd, Zulkifli Mohd dan Engku Ibrahim Engku Wok Zain
Maqasid Syari`ah dalam Mazhab Syafie: Asas, Sejarah dan Prospeknya Dalam Penyelesaian Hukum di Malaysia

5.00 – 5.30 petang - Minum Petang/Bersurai

************************************************************************************

Tuesday, June 12, 2007

Tempat Penginapan

Pihak penganjur tidak menyediakan penginapan serta pengangkutan khusus kepada peserta seminar ini. Para peserta boleh menghubungi pihak berkenaan sama ada menerusi telefon atau melayari website untuk urusan tempahan.
Berikut di antara tempat penginapan yang disyorkan:
1. Rumah Universiti Malaya (Tel: 03-79560286)
2. PJ Hilton (Tel: 03-79559122)
3. Hotel Crystal Crown PJ (Tel: 03-79584422)
4. Hotel Armada PJ (Tel: 03:79546888)
5. Hotel Shah's Village PJ (Tel: 03-79546888)
6. Hotel Eastin (Tel: 03-76651111)
7. Hotel Singgahsana PJ (Tel: 03-79562100)
Untuk makluman, hanya Rumah Universiti Malaya berada dalam kampus Universiti Malaya, sedangkan kemudahan penginapan lain sekitar 5km dari UniMalaya.

Monday, April 23, 2007

Maklumat lanjut SHIS 5

Assalamualaikum...

Untuk maklumat lanjut mengenai Seminar Hukum Islam Semasa ini, pihak penganjur menyertakan pamplet sebagai panduan untuk penyertaan atau pembentangan kertas kerja. Segala maklumat boleh dibaca di pamplet yang dilampirkan.



Wednesday, March 21, 2007

Muqaddimah

Assalamualaikum kepada semua pencinta ilmu..
Siri Seminar Hukum Islam Semasa anjuran Jabatan Fiqh & Usul APIUM diteruskan lagi setelah menfokuskan beberapa tema semasa. Seminar kali ini akan menumpukan perhatian kepada realiti kedudukan dan amalan mazhab Syafie di Malaysia.
Dari segi sejarah kedatangan Islam ke rantau Alam Melayu, mazhab Syafie merupakan antara mazhab yang dominan dan sesuai diamalkan selaras dengan budaya masyarakat setempat. Mazhab Syafie diterima sebagai mazhab fiqh negara. Peruntukan ini jelas dapat dilihat dalam enakmen agama negeri-negeri serta fatwa-fatwa mufti negeri serta penggunaan dan pengajaran Islam berdasarkan buku-buku beraliran mazhab Syafie.
Justeru kedudukan mazhab ini amat teguh dan kukuh setelah lebih 600 tahun Islam bertapak di Alam Melayu khususnya Malaysia. Sejajar dengan itu, adalah baik kita menilai sejauhmanakah dominasi mazhab ini ke atas umat di Malaysia pada masa sekarang selari dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa. Adakah mazhab Syafie masih relevan dan diamalkan dengan ketat atau terdapat beberapa perubahan dalam tafsiran hukum yang lebih terbuka oleh sajana kontemporari.
Sehubungan itu, diharapkan seminar ini berupaya memberi jawapan tersebut dengan menghimpun ulama’, ahli akademik, pentadbir agama, berbincang dalam suasana ilmiah dalam berhadapan dengan diversiti mazhab di Malaysia.